2025-06-12 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Majlis Perasmian Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),Ayer Keroh / BERNAMA
AYER KEROH,12 Jun- Kemasukan ke 1,398 Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia mencecah 436,285 orang setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata,bagi permohonan bulan Julai yang akan ditutup pada 16 Jun ini,sebanyak 140,027 permohonan telah diterima menerusi platform UP_TVET.
"Saya juga ingin tahniah kepada 6 universiti yang menganggotai Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menjurus ke arah mengambil pelajar dalam bidang teknikal dan teknologi.
"Insya-Allah pengambilan yang akan datang kita akan selaraskan semuanya bagi memenuhi cita-cita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mewujudkan seramai 60,000 jurutera-jurutera bagi syarikat-syarikat tempatan yang memerlukan jurutera dan tenaga mahir," kata Datuk Seri Dr Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2025 yang disempurnakan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka,Ayer Keroh.
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad,Majlis TVET negara juga mengambil tanggungjawab untuk membawa pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai TVET pada masa depan.
Pihaknya turut mengalu-alukan penglibatan mudir dan guru-guru mereka untuk menyertai TVET.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur