2025-06-12 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,12 Jun- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.0 peratus bagi tahun 2025.
Menerusi nota penyelidikannya,firma itu menyatakan terdapat sokongan jangka pendek daripada pemindahan eksport awal.
Bagaimanapun,prospek pertumbuhan negara masih dibayangi oleh ketidaktentuan perdagangan global yang berterusan serta pemulihan domestik yang tidak sekata.
"Import barangan modal melonjak sebanyak 37.7 peratus dalam empat bulan pertama 2025,namun kesinambungan selepas tempoh penangguhan tarif AS selama 90 hari masih tidak pasti.
"Di peringkat domestik,penggunaan swasta merosot kepada 5.0 peratus pada suku pertama 2025 walaupun terdapat sokongan fiskal seperti pemindahan tunai dan subsidi.
"Pengurangan ketegangan perdagangan dan perbincangan awal yang memberangsangkan dalam rundingan dua hala dengan Amerika Syarikat mungkin memberi potensi peningkatan kepada prospek ekonomi," menurut nota penyelidikan itu.
Firma itu meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada suku ketiga 2025.
"Prospek pertumbuhan yang perlahan serta inflasi yang rendah akan memberi ruang kepada BNM untuk menurunkan OPR kepada 2.75 peratus pada suku ketiga," tambah nota penyelidikan itu.
Sementara itu,Hong Leong Investment Bank Bhd turut mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 pada kadar 4.0 peratus.
"Memandangkan tempoh rundingan Malaysia dengan Amerika Syarikat berbaki kurang dari sebulan dan tiada perjanjian dua hala yang dimuktamadkan,risiko penurunan masih wujud.
''Namun,kemajuan terkini dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat-China yang diadakan di London memberikan sedikit harapan," menurut bank pelaburan itu dalam nota berasingan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur