2025-06-13 HaiPress

FOTO BERNAMA
SHAH ALAM,12 Jun- Sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas,Bandar Baru Klang mengalami kerosakan teruk selepas berlaku letupan melibatkan bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan bagi mempercepatkan proses pemeraman buah,petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.21 petang.
Sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara segera digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba,pasukan mendapati berlaku letupan di bahagian belakang premis yang berkeluasan kira-kira 7,000 kaki persegi. Letupan tersebut turut menyebabkan struktur dinding pejabat seluas 900 kaki persegi di dalam premis itu runtuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau lagi,impak letupan juga menyebabkan enam buah kenderaan yang diletakkan berhampiran premis mengalami kerosakan.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur