2025-06-13 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Jun - Bermula pada pukul 12:01 tengah malam ini,kutipan tol dilaksana bagi Jajaran Seksyen 2 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SAE (KESAS) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Banting.
WCE menerusi kenyataan memaklumkankutipan tol ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go,Smart Tag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Kadar tol dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 79 sen hingga RM10.59.
Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet atau kad Touch N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelak sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol," menurut kenyataan.
"Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE.
Maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran boleh melayari laman webWCE,muat turun aplikasi WCE App atau hubungi WCE Infoline di 1700 81 6600 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," jelas WCE.
Jajaran Seksyen 2 sepanjang 7.2 kilometer (Persimpangan Bertingkat SAE – Persimpangan Bertingkat SKVE) ini telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 22 Januari lalu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur