2025-06-13 HaiPress

Foto AFP
LOS ANGELES,12 Jun – Kementerian Luar Negeri memaklumkan,tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam protes besar-besaran yang berlaku di bandar itu.
Namun,menurut kenyataan kementerian,Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau rapi situasi semasa susulan demonstrasi yang menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengenakan perintah berkurung waktu malam di beberapa kawasan di bandar itu.
Justeru,rakyat Malaysia di Los Angeles dan kawasan berhampiran dinasihatkan agar terus berwaspada,mematuhi undang-undang tempatan serta kekal peka dengan situasi semasa termasuk peraturan imigresen dan perundangan.
“Perintah berkurung telah diisytiharkan di kawasan seluas satu batu persegi di sekitar pusat bandar Los Angeles dari pukul 8 malam hingga 6 pagi,dan pihak penguat kuasa undang-undang melakukan tangkapan ke atas mereka yang melanggar arahan ini.
Bangunan pejabat Konsulat Jeneral yang terletak dalam kawasan perintah berkurung kekal dibuka dan beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu.
Selain itu,rakyat Malaysia dinasihat agar mengelak kawasan protes serta mengambil langkah berjaga-jaga ketika hujung minggu kerana dijangka perhimpunan lebih besar akan berlaku.
“Memandangkan keadaan yang sentiasa berubah dengan cepat,amat penting untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laporan berita tempatan secara masa nyata serta bersedia menghadapi kemungkinan gangguan lalu lintas,termasuk penutupan lebuh raya,” menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia di kawasan terlibat juga digesa untuk mendaftar dengan Konsulat Jeneral bagi memudahkan penyampaian maklumat serta bantuan sekiranya diperlukan.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan konsular,orang ramai boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Kementerian akan terus memantau situasi dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.##
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur