2025-06-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 Jun- Kontrak niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk dua hari berturut-turut,didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah,yang mengukuhkan jangkaan pasaran bagi pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS akhir tahun ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata emas terus menarik minat belian sebagai aset selamat.
Menurut Jabatan Buruh AS,Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 0.1 peratus pada Mei,susut daripada kenaikan 0.2 peratus pada April.
Kontrak semerta bulan Jun 2025 naik kepada US$3,368.5 setiap auns troy daripada US$3,347.8 pada Rabu,manakala kontrak Julai 2025 menokok kepada US$3,377.0 daripada US$3,356.3 semalam.
Kontrak Ogos,September dan Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,396.5 setiap auns troy daripada US$3,375.8 sebelumnya.
Jumlah dagangan mengukuh kepada 44 lot berbanding 38 lot pada Rabu,manakala kepentingan terbuka susut kepada 69 kontrak daripada 84 kontrak.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 11 Jun,harga emas fizikal berada pada US$3,329.70 setiap auns troy.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur