2025-06-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 Jun- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Khamis,didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah,yang menyusut 0.25 peratus kepada 98.386 mata.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penyusutan itu susulan laporan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan tarifnya dalam tempoh dua minggu akan datang.
Pada 6 petang,unit tempatan meningkat kepada 4.2155/2245 berbanding dolar AS daripada 4.2345/2370 semasa ditutup pada Rabu.
Beliau berkata,pengumuman itu telah meningkatkan lagi ketidakpastian mengenai hasil rundingan perdagangan yang sedang dijalankan.
“Walau apa pun keadaannya,tarif universal sebanyak 10 peratus dijangka memberi tekanan kepada ekonomi AS dan risiko tindakan balas dari negara lain di seluruh dunia akan menonjolkan lagi risiko penyusutan kepada pertumbuhan global,” katanya kepada Bernama
Mata wang pasaran pesat membangun termasuk ringgit menerima manfaat daripada trend semasa.
Menurutnya peserta pasaran akan memantau dengan teliti Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 Jun ini.
Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.9329/9394 daripada 2.9187/9207,lemah berbanding pound Britain kepada 5.7213/7335 daripada 5.7166/7200 dan susut berbanding euro kepada 4.8765/8869 daripada 4.8426/8454 sebelumnya.
Pada masa sama,mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau ASEAN,meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.55/7.57 daripada 7.57/7.59 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 259.5/260.2 daripada 260.4/260.6.
Bagaimanapun,ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2934/3006 daripada 3.2925/2947 semasa ditutup semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9828/13.0173 daripada 12.9729/9870 semalam.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur