2025-06-13 IDOPRESS

FOTO MetMalaysia
KUALA LUMPUR,12 Jun- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu ribut tropika telah dikesan kira-kira 1,402 kilometer ke barat laut Kudat Sabah,yang berpotensi menyebabkan cuaca lebih kering dan kurang hujan di rantau negara.
Dalam satu notis Nasihat Ribut Tropika yang dikeluarkan petang tadi,MetMalaysia menjelaskan ribut tersebut sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan sekitar lima kilometer sejam (km/j),manakala kelajuan angin maksimum dicatatkan pada 83 km/j.
Berdasarkan pencerapan pada pukul 5 petang,pusat ribut tropika itu berada pada kedudukan latitud 17.5 darjah utara dan longitud 109.8 darjah timur,iaitu kira-kira 231 kilometer dari timur laut Da Nang,Vietnam.
"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga," menurut MetMalaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur