2025-06-13 IDOPRESS

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke ketika mendengar taklimat berkenaan nahas di IPD Gerik. - Foto RTM
GERIK,12 Jun - Dakwaan pemandu bas yang terlibat dengan nahas kemalangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) bahawa brek kenderaan itu tidak berfungsi,hanya boleh dibuktikan menerusi siasatan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,pihak PUSPAKOM telah menjalankan ujian mekanikal terhadap komponen brek bas tersebut dan laporan teknikal berkenaan dijangka siap dalam masa terdekat.
"Kita tak boleh mengambil secara permukaan sahaja apa yang dikatakan oleh pemandu tersebut. Mungkin dia bercakap benar,mungkin tidak.
Oleh itu saya nak beri amaran kepada pemandu itu,jangan keluarkan kenyataan yang tidak benar kerana ia boleh dibuktikan menerusi ujian mekanikal," tegas Anthony pada sidang media selepas melakukan tinjauan di lokasi nahas dan mendengar taklimat kemalangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik,pagi tadi.
Dalam pada itu Anthony memaklumkan,kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi mengenalpasti punca nahas,sama ada disebabkan faktor keadaan jalan atau faktor kecuaian pemandu.
Selain itu beliau berkata,kerjasama turut akan dibuat bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi melakukan pelbagai penyelidikan termasuk simulasi pemanduan pada waktu malam,dalam usaha kajian untuk penambahbaikan laluan JRTB pada masa akan datang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur