2025-06-13 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Jun - Bermula pada pukul 12:01 tengah malam ini,kutipan tol dilaksana bagi Jajaran Seksyen 2 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SAE (KESAS) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Banting.
WCE menerusi kenyataan memaklumkankutipan tol ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go,Smart Tag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Kadar tol dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 79 sen hingga RM10.59.
Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet atau kad Touch N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelak sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol," menurut kenyataan.
"Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE.
Maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran boleh melayari laman webWCE,muat turun aplikasi WCE App atau hubungi WCE Infoline di 1700 81 6600 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," jelas WCE.
Jajaran Seksyen 2 sepanjang 7.2 kilometer (Persimpangan Bertingkat SAE – Persimpangan Bertingkat SKVE) ini telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 22 Januari lalu.
KESUMA cadang pusat transit bagi kemasukan pekerja asing
72,000 peserta FELCRA bakal terima agihan keuntungan interim pertama berjumlah RM126.9 juta
Kerajaan tidak mungkir janji berkait isu pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC
Cadangan Pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin sedang diteliti
Kadar penyertaan buruh wanita meningkat pada suku tahun pertama 2026
HPLBS 2026 amanah besar KKDW perkukuh agenda desa
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur