2025-06-13 IDOPRESS

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke di IPD Gerik. - Foto RTM
GERIK,12 Jun - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) secara besar-besaran ke atas semua syarikat pengendali pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fook mengarahkan tindakan tersebut dibuat susulan syarikat bas yang terlibat dalam nahas melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Isnin lalu,didapati gagal dalam pemeriksaan tersebut membabitkan tujuh komponen mandatori.
“Antaranya termasuk pemantauan kelajuan menerusi sistem kedudukan global (GPS),pematuhan had maksimum lapan jam pemanduan,serta keperluan rehat 30 minit bagi setiap empat jam pemanduan," jelasnya.
Selain itu,syarikat tersebut turut gagal memastikan GPS dipasang dalam semua kenderaan,tidak menyediakan pelan tindakan kecemasan (ERP),serta tiada talian khusus syarikat untuk menerima aduan pelanggan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau lokasi kemalangan dan mendengar taklimat insiden di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik,pagi tadi.
Beliau menegaskan,syarikat-syarikat pengendali bas sepatutnya mengambil inisiatif melakukan audit sendiri,tanpa perlu menunggu arahan JPJ untuk melaksanakannya.
“Saya nak beri amaran kepada semua syarikat pengendali,lebih baik buat pematuhan segera sebelum JPJ masuk. Operasi audit secara besar-besaran akan kita laksanakan,” ujarnya.
Anthony turut memaklumkan,mengikut prosedur operasi standard (SOP) setiap kali berlaku kemalangan,audit akan dibuat ke atas syarikat terlibat bagi melihat kepatuhan yang ditetapkan menerusi JISA.
Dalam pada itu katanya,JISA juga telah dilaksanakan secara rawak terhadap syarikat-syarikat pengendali sebelum ini,namun ia tidak mencukupi untuk mengekang ketidakpatuhan dalam kalangan pengendali.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur