2025-06-13 IDOPRESS

Ketua Polis Negara (KPN),Tan Sri Razarudin Husain dan Presiden Republik Singapura,Tharman Shanmugaratnam di The Istana,Singapura. - Foto Facebook Polis Diraja Malaysia
SINGAPURA,12 Jun – Ketua Polis Negara (KPN),Tan Sri Razarudin Husain telah dikurniakan Darjah Utama Bakti Cemerlang (Distinguished Service Order) oleh Presiden Republik Singapura,Tharman Shanmugaratnam dalam satu istiadat yang berlangsung di The Istana,Orchard Road pada Rabu,ketika lawatan rasminya ke republik itu.
Pengurniaan darjah itu merupakan antara penghormatan tertinggi Kerajaan Singapura kepada tokoh luar negara yang telah menunjukkan komitmen luar biasa.
Tan Sri Razarudin dianugerahkan atas pencapaian cemerlang dalam memperkukuh kerjasama keselamatan serta hubungan dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).
Dalam rangka lawatan itu juga,Tan Sri Razarudin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Pesuruhjaya Polis Singapura,DCP Lian Ghim Hua di Ibu Pejabat SPF,New Phoenix Park.
Beliau bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis,Puan Sri Datuk Zainah Othman turut menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi yang berlangsung di Senior Police Officers’ Mess yang dihadiri para pegawai kanan SPF.
Mengakhiri lawatan rasmi ke negara tersebut,Tan Sri Razarudin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura,H.E. Mr. Lawrence Wong yang berlangsung di The Istana,Orchard Road,pagi Khamis.##
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur