2025-06-13 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 Jun -Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 bertemakan "Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika" membuka tirai secara rasmi hari ini.
Dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana,sambutan HAWANA 2025 yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad dimulakan dengan Karnival HAWANA di ruang legar Sunway Putra Mall bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Karnival berkenaan akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran pada pukul 3.00 petang ini dengan sasaran 5,000 pengunjung.
Sebanyak 20 reruai disediakan,antaranya Bernama,Radio Televisyen Malaysia (RTM),Astro,TV AlHijrah,serta portal digital seperti RotiKaya dan Vanakkam Malaysia selain penyertaan daripada media Sabah dan Sarawak.
Selain itu,antara pengisian Karnival HAWANA adalah mini konti Bernama,pocket talk,perkhidmatan Bernama,pemberian akhbar digital,kuiz,cabutan bertuah dan cabaran baca berita.
HAWANA 2025 menerima tajaan dan sumbangan daripada hampir 100 rakan strategik,jumlah yang meningkat berbanding 44 pada tahun lepas,sekali gus membuktikan HAWANA semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan malah turut menarik sokongan sektor korporat.
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara dijangka berkumpul sempena sambutan tahun ini,menjadikan HAWANA 2025 sebagai platform penting untuk memperkukuh jaringan profesional serta memperkasa etika kewartawanan dalam era teknologi kecerdasan buatan (AI).
Esok,sambutan HAWANA 2025 diteruskan dengan penganjuran Forum HAWANA 2025 di Dewan Tun Hussein Onn,Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini,bermula 9 pagi,diikuti majlis kemuncak sambutan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Merdeka,WTCKL.
Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939,bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur