2025-06-13 IDOPRESS

Ke arah pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
KUCHING,13 Jun -Sarawak bersedia untuk mengaplikasikan dasar pendidikan ke arah pembelajaran digital,seiring perubahan untuk mengintegrasikan teknologi terkini dalam proses pembelajaran.
Menteri Pendidikan,Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata,peralatan digital dan platform dalam talian bukan trend semata-mata,tetapi platform ke arah pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
"Kita dalam proses meningkatkan cara-cara kita memberi pendedahan kepada anak-anak sekolah kepada semua teknologi yang baharu. Tumpuan khusus kepada pembelajaran STEM,digitalisasi dan yang lebih berkaitan dengan ekonomi baharu.
"Kita sering mendengar dasar negeri Sarawak ke arah ekonomi hijau kerana ia berkaitan dengan perkembangan global lebih-lebih lagi berkaitan kelestarian alam sekitar," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Perasmian Pameran Raja Kita,sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025,di Limbang.
Pameran berlangsung dari 12 hingga 15 Jun ini.
Pameran tersebut memaparkan sejarah berkaitan Yang di-Pertuan Agong,termasuk istiadat pertabalan dan alat-alat kebesaran diraja serta sejarah Majlis Raja-Raja.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur