2025-06-17 HaiPress

Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan) MOTAC,Mohd Zamzuri Ab Ghani (kanan) - Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Jun - Usaha merancakkan lagi sektor pelancongan Islamik terus diperluas.
Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan) Kementerian Seni,Pelancongan dan Budaya (MOTAC),Mohd Zamzuri Ab Ghani berkata Malaysia kekal destinasi mesra muslim khasnya dalam menyediakan infrastruktur terbaik kepada pelancong sekaligus mampu menjadi hab pelancongan Islamik serantau.
"Malaysia sudah bersedia menjadi hab pelancongan Islamik. Justeru,misi menggalakkan pelancong dari Asia Barat terus diperhebat untuk menggalakkan kehadiran pelancong sekali gus merancakkkan lagi industri pelancongan Islamik negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan 'Bicara Naratif' RTM di Angkasapuri Kota Media.
Menurutnya,Islamic Tourism Centre (ATC) menjadi agensi yang berperanan melaksanakan pelbagai program latihan untuk operator pelancongan serta pemain industri tempatan.
Ia merupakan langkah strategik untuk mengekalkan standard tertinggi sebagai destinasi mesra muslim terbaik dunia.
Dalam pada itu,pendekatan sosio budaya yang berpusatkan rakyat menjadi strategi utama MOTAC dalam usaha mewujudkan kebersamaan ASEAN.
Mohd Zamzuri berkata langkah itu mampu memperkukuh dimensi sosio budaya sekaligus menjadi instrumen diplomasi terbaik di peringkat ASEAN.
"Pendekatan ini saya lihat bukan sahaja memperkukuhkan identiti budaya Malaysia tetapi juga mengeratkan lagi hubungan di antara negara2 ASEAN. Ruang rencana kerja ini juga berfungsi sebagai medium diplomasi 'people to people' atau rakyat kepada rakyat untuk memupuk persefahaman rentas budaya dan menggalakkan juga pelancongan budaya daripada program yang dilaksanakan," jelas beliau.
Pelaksanaannya dibuat menerusi pelbagai aktiviti membabitkan penglibatan aktif semua lapisan masyarakat,komuniti dan NGO.
Antaranya,aktiviti seni budaya,industri kreatif serta projek pemuliharaan warisanuntuk disertai golongan muda,para penggiat indutri seni budaya dan institusi kebudayaan tempatan yang menjadi platform berkongsi pengalaman serta berkolaborasi rentas sempadan di antara negara ASEAN.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur