2025-06-17 HaiPress

Foto DBKL
KUALA LUMPUR,17 Jun- Malaysia dan Kazakhstan berpotensi untuk meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
Ini menerusi pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dengan Duta Besar Kazakhstan,Bulat Sugurbayev.
Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di laman Facebook rasmi.
"Pertemuan tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama antara Kuala Lumpur dengan bandar-bandar utama di Kazakhstan dalam beberapa bidang tumpuan seperti pelancongan,kebudayaan,pelaburan dan pendidikan.
"Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh promosi pelancongan dua hala,menjalin pertukaran budaya,meneroka peluang pelaburan bersama.
"Ini termasuk memulakan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pertukaran pelajar," kata DBKL.
Kenyataan tersebut memaklumkan kunjungan tersebut mencerminkan hasrat bersama untuk memperluas hubungan antarabangsa melalui jaringan kerjasama antara bandar.
Perkara itu selaras dengan aspirasi Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya global yang progresif,inklusif dan berdaya saing.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur