2025-06-17 HaiPress

Gambar hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Jun- Malaysia mencatatkan lonjakan 11 kedudukan dalam laporan Penarafan Daya Saing Dunia (World Competitiveness Ranking - WCR) 2025,di kedudukan ke-23 daripada 69 ekonomi berbanding tempat ke-34 tahun lepas.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri,MITI menerusi kenyataan berkata,ia merupakan pencapaian terbaik negara sejak tahun 2020,mencerminkan momentum pengukuhan ekonomi Malaysia.
Ia juga merupakan usaha pembaharuan yang berterusan,serta mengukuhkan hala tuju negara untuk berada dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing sebelum 2033,seperti yang disasarkan oleh Kerangka Ekonomi MADANI.
Kedudukan keseluruhan dipacu oleh peningkatan dalam tiga faktor iaitu Prestasi Ekonomi,Kecekapan Kerajaan dan Kecekapan Perniagaan.
MITI,melalui Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN) yang dipengerusikan bersama dengan Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,menyelaras hala tuju strategik merentas pelbagai kementerian sekaligus memperkukuh ekosistem agenda daya saing negara.
Menteri MITI,Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata,”Peningkatan daya saing negara sebanyak 11 anak tangga di kedudukan ke-23 berbanding tempat ke-34 tahun lepas mencerminkan bahawa faktor-faktor birokrasi saling berkait dengan,antara lainnya,pelaburan dan pembangunan industri.
Pendekatan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan daya saing berdasarkan prinsip whole-of-government juga membuktikan kesungguhan Kerajaan dalam memacu penambahbaikan dan pembaharuan struktur di Malaysia secara menyeluruh.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur