2025-06-17 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 Jun- Batik Air terus memperkukuh komitmennya terhadap standard keselamatan tertinggi dalam industri penerbangan apabila berjaya memperbaharui Pensijilan Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA),iaitu pensijilan keselamatan bertaraf antarabangsa yang diterima secara meluas dalam industri penerbangan global.
IOSA yang dibangunkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mewakili lebih 300 syarikat penerbangan merupakan kerangka audit paling ketat dalam industri,meliputi aspek sistem dan prosedur operasi yang ditetapkan mengikut piawaian serta amalan terbaik peringkat antarabangsa.
Pensijilan terkini itu sah sehingga 3 Jun 2027,selepas Batik Air melalui proses audit menyeluruh di bawah kerangka Risk-Based Audit (RBA) pendekatan baharu IATA yang berfokus kepada penilaian risiko.
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air,Datuk Chandran Rama Muthy,dalam kenyataan berkata; “Di Batik Air,keselamatan bukan sekadar standard,ia adalah janji kami. Ia menjadi asas kepada setiap aspek operasi kami dan mencerminkan identiti kami sebagai syarikat penerbangan yang boleh dipercayai," katanya.
Syarikat penerbangan itu kini giat memperluas rangkaian domestik dan antarabangsa,sambil mengekalkan fokus terhadap penyampaian perkhidmatan yang selamat,boleh dipercayai dan selesa.
Pembaharuan pensijilan IOSA itu juga selaras dengan nilai teras syarikat dan visi jangka panjang Batik Air untuk menjadi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang diyakini di rantau ini dan peringkat global.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur