2025-06-17 HaiPress

Perjanjian kerjasama strategik dimeterai antara Berjaya Greenland Invest A/S dengan SIBS Sdn Bhd bagi melaksanakan projek pembinaan rumah modular mampan di Greenland / Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Jun – Berjaya Land Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya,Berjaya Greenland Invest A/S memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan SIBS Sdn Bhd bagi melaksanakan projek pembinaan rumah modular mampan di Greenland.
Kerjasama ini bertujuan membangunkan rumah yang cekap,tahan iklim dan mampan menerusi pendekatan pembinaan modular iaitu sistem moden yang menjamin penjimatan masa,kos lebih rendah serta kawalan kualiti jangka panjang.
Melalui projek ini,komponen rumah modular yang akan dibangunkan dihasilkan di kilang SIBS di Malaysia sekaligus membuka peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan industri tempatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land Syed Ali Shahul Hameed,pembinaan modular bukan sahaja menawarkan penyelesaian perumahan lebih cepat dan kos efektif malah turut menyokong pembangunan kapasiti tempatan dengan memanfaatkan kepakaran serta infrastruktur sedia ada di Malaysia.
"Projek perumahan tersebut kini berada di peringkat perancangan dan reka bentuk dengan pelancarannya dijangka dalam masa terdekat," katanya.
Projek ini juga dijangka merangsang pembangunan ekonomi jangka panjang di Greenland serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai penyedia teknologi binaan moden di pasaran antarabangsa.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur