2025-06-17 IDOPRESS

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,16 Jun - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung serta-merta lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),baru-baru ini.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan itu diambil mengikut peruntukan Seksyen 56 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 susulan siasatan yang sedang dijalankan.
"JPJ turut membuka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan terbabit,termasuk syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata sebagai langkah proaktif,penggantungan lesen itu kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan demi menjaga kepentingan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Aedy Fadly turut menegaskan komitmen JPJ untuk tidak berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya.
Pada awal pagi 9 Jun,15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih,Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim,Perak terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) itu. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur