2025-06-17 IDOPRESS

Foto Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Baling
BALING,16 Jun-Seorang lelaki ditemukan maut ketika membuat kerja-kerja perpaipan bagi tujuan pertanian di anak sungai Lata Bukit Hijau,Kampung Baru Bukit Hijau,di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Zulkhairi Mat Tanjil memaklumkan,pihaknya menerima panggilan kecemasan bahawa terdapat mangsa lemas di kawasan peranginan itu kira-kira pukul 3.18 petang.
"Setibanya di lokasi kejadian mangsa berusia 59 tahun didapati tidak sedarkan diri dan diangkat orang awam ke tempat selamat.
"Pihak bomba kemudiannya melakukan operasi mengeluarkan mangsa dengan mengangkat mangsa ke atas pada ketinggian 4.57 meter," menurut kenyataan itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Mohamad Yunus Ali dan disertai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling serta satu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan tamat pada pukul 5.47 petang.
Bantuan-bantuan agensi lain termasuk empat anggota KKM dan lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam parit oleh ahli keluarga setelah usaha mencari dilakukan apabila mangsa tidak pulang ke rumah untuk makan tengah hari sejak keluar dari pagi untuk menyelenggara paip.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur