2025-06-17 IDOPRESS

Pengarah Pusat Darah Negara,Dr Mohammad Masrin Md Zahrin (tengah) disertai Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) UiTM,Prof. Dr. Ismie Roha Mohamed Jais dan Pengarah Pusat Kesihatan UiTM,Dr. Shairul’azam sahar bertemu peserta menderma darah sempena kempen Darah Perdana UiTM di UiTM Shah Alam
KUALA LUMPUR,16 Jun- Kempen Derma Darah Perdana "UiTM HEARTBEAT - Nationwide Blood Drive for a Better Tomorrow" yang berlangsung serentak di 22 kampus UiTM seluruh negara memupuk budaya kesukarelawanan,tanggungjawab sosial,dan empati dalam kalangan mahasiswa dan warga kampus.
Inisiatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Darah Negara itu dalam usaha menyumbang kepada bekalan darah negara yang memerlukan sekitar 2,200 beg darah setiap hari.
Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) UiTM,Prof. Dr. Ismie Roha Mohamed Jais berkata,inisiatif itu bertepatan dengan aspirasi UiTM untuk membentuk individu berjiwa besar yang prihatin terhadap keperluan masyarakat,sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 3 yang menekankan kesihatan dan kesejahteraan.
"Program ini merupakan titik permulaan bagi pelaksanaan kempen derma darah secara lebih sistematik dan berkala di seluruh kampus UiTM. Kami amat menghargai sambutan luar biasa yang diberikan oleh warga universiti dan masyarakat sekitar," katanya.
Dalam pada itu,Dr. Mohammad Masrin mengucapkan tahniah kepada UiTM kerana berjaya melaksanakan kempen berskala besar melibatkan ribuan penderma darah,termasuk ramai mahasiswa yang pertama kali menderma.
Usaha sedemikian dilihat penting dalam memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi,selamat dan berkualiti.
"Bekalan darah diperlukan sepanjang masa untuk memastikan kelancaran rawatan di hospital. Kempen ini mampu menjadi contoh kepada institusi lain bagi mewujudkan komuniti penderma darah yang berterusan," katanya.
Majlis penutup kempen itu diadakan di Dewan Mawar Qaseh,Kolej Mawar,UiTM Shah Alam,dan dirasmikan Pengarah Pusat Darah Negara,Dr. Mohammad Masrin bin Md Zahrin.
Ia turut dihadiri Pengarah Pusat Kesihatan UiTM,Dr. Shairul’azam Sahar dan Pengarah Program Kempen Derma Darah,Puan Anna Kartini Ahmad Lotfi.
Bagi menyokong hasrat tersebut UiTM sentiasa komited dalam menyokong aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam memastikan warga universiti itu terus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab sosial.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur