2025-06-17 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga ke-43 (SOME) di Kuching,Sarawak.
Kuching,17 Jun - Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya dalam memajukan inisiatif Rangkaian Kuasa ASEAN (APG) sebagai teras utama dalam mencapai keterjaminan tenaga,kelestarian dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan peranan utama Malaysia dalam menerajui agenda peralihan tenaga,termasuk usaha meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu,kecekapan tenaga,serta penerokaan penyelesaian inovatif ke arah ekonomi rendah karbon.
"Malaysia komited sepenuhnya dalam usaha peralihan tenaga. Kami sedang giat berusaha ke arah meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu,meningkatkan kecekapan tenaga,dan meneroka penyelesaian termaju untuk ekonomi rendah karbon".
Datuk Seri Fadillah berucap pada Majlis Makan Malam Bersempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga,(SOME) di Kuching,Sarawak.
Menurut beliau,APG bukan sekadar projek infrastruktur,tetapi merupakan satu visi bersama ASEAN iaitu sebuah rantau di mana elektrik mengalir merentasi sempadan secara lancar,keselamatan tenaga dikongsi bersama,dan kemakmuran sesebuah negara memberi limpahan kepada semua.
Jelas beliau,Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini juga dijangka menjadi detik penting,dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Dipertingkatkan APG serta pengesahan rasmi Terma Rujukan bagi Pembangunan Kabel Kuasa Dasar Laut.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur