2025-06-17 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucap utama di Simposium Sasana 2025 di ibu negara.
KUALA LUMPUR,17 Jun - Jawatankuasa bersama antara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal ditubuhkan bagi menangani isu kos penjagaan kesihatan swasta.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,inisiatif itu bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dapat diakses dengan harga mampu milik oleh semua lapisan masyarakat.
“Ini bukan penyesuaian kecil. kita sedang melakukan anjakan menyeluruh ke arah sistem penjagaan kesihatan swasta berasaskan nilai yang mengutamakan hasil rawatan,ketelusan dan keadilan,” katanya ketika merasmikan Simposium Sasana 2025 di Bank Negara Malaysia (BNM),hari ini.
Tambah Datuk Seri Anwar,antara reformasi utama yang dirangka termasuk penetapan harga yang lebih jelas,peluasan penggunaan teknologi kesihatan digital dan pengenalan pelan insurans perubatan asas pada kos yang berpatutan.
Katanya lagi,sesi khas melibatkan KKM,MOF dan BNM akan diadakan esok bagi menghuraikan inisiatif tersebut dengan lebih terperinci.
“Hasrat kita adalah untuk menjadikan kesihatan sebagai tonggak ketahanan negara,berpaksikan belas ihsan,dasar yang baik dan keperluan rakyat,dan saya sendiri akan memastikan reformasi ini dilaksanakan sepenuhnya,” tegas beliau.
Langkah ini dijangka memberi nafas baharu kepada sistem penjagaan kesihatan negara yang kini berdepan tekanan inflasi kos perubatan dan akses yang terhad bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur