2025-06-17 IDOPRESS

New Energy Asia Sdn. Bhd. menyasarkan untuk memulakan pembuatan peralatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) secara tempatan dalam tempoh satu hingga dua tahun / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,14 Jun – New Energy Asia Sdn. Bhd. menyasarkan untuk memulakan pembuatan peralatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) secara tempatan dalam tempoh satu hingga dua tahun sebagai langkah memperkukuh industri EV negara dan membina keupayaan tempatan yang mampan.
Ketua Pegawai Operasi HICOM Engineering Sdn. Bhd. (HESB),Hazrin Fazail Haroon berkata sasaran tersebut bergantung kepada respons pasaran dan pembangunan kapasiti tenaga kerja tempatan,terutamanya dalam bidang perisian serta sokongan teknikal.
“Kami mahu mengubah model perniagaan daripada sekadar perdagangan kepada membina keupayaan sebenar dalam negara,termasuk menghasilkan produk perisian dan perkakasan yang boleh dieksport ke pasaran ASEAN,” katanya.
Pada peringkat permulaan,beliau berkata syarikat memberi tumpuan kepada sokongan selepas jualan dan pembekalan peralatan pengecasan kepada pengendali stesen (CPO),sebelum beralih secara berperingkat kepada pembuatan produk tempatan.
Hazrin turut memaklumkan pasukan teknikal tempatan telah dihantar ke China untuk menjalani latihan intensif,dan kini terlibat dalam kerja-kerja kalibrasi dan kemas kini sistem pengecas,bagi menjamin kebolehpercayaan dan standard tinggi produk yang ditawarkan.
New Energy Asia Sdn. Bhd. merupakan syarikat usaha sama antara HICOM Engineering Sdn. Bhd. (HESB) dan syarikat berpangkalan di China,Hangzhou Flash Charging New Energy Co. Ltd. (HFC),yang terlibat dalam penghasilan peralatan pengecasan EV berteknologi tinggi untuk pasaran Malaysia dan rantau ASEAN.
Kerjasama strategik itu membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kepakaran industri,jenama kukuh serta keupayaan operasi masing-masing,seterusnya menawarkan penyelesaian pengecasan EV yang cekap,boleh dipercayai dan berskala antarabangsa kepada pengguna di rantau ini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur