2025-06-17 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 Jun- Pasaran getah tempatan dijangka kekal berada dalam aliran mendatar dengan kecenderungan tidak banyak berubah,didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan tarif Amerika Syarikat (AS) yang kini dalam fasa penangguhan selama 90 hari,kata pakar industri,Denis Low.
“Situasi ekonomi dunia dijangka terus mencabar kerana kesan besar daripada tarif terdahulu masih belum reda sepenuhnya.
“Sehubungan itu,kita akan menyaksikan kesuraman dalam banyak sektor industri di seluruh dunia,dan sudah tentu industri getah serta produk berasaskan getah akan turut terkesan,” katanya kepada Bernama.
Low berharap AS dan China dapat merangka dasar tarif yang lebih tersusun dan terkawal khususnya bagi negara pengeluar komoditi.
Semalam,Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan pengeluaran getah asli susut 31.7 peratus kepada 35,901 tan pada April 2025 berbanding 52,531 tan pada Mac 2025,mencerminkan permintaan luar yang lebih lemah terhadap getah Malaysia.
Sementara itu,seorang lagi peniaga berkata harga getah dijangka terus dipengaruhi oleh prestasi pasaran hadapan getah serantau,kekuatan ringgit berbanding dolar AS,serta harga penanda aras minyak mentah dunia.
Para peserta pasaran akan memberi perhatian rapat kepada penerbitan data ekonomi global utama,perkembangan rundingan perdagangan AS,serta kemajuan rundingan perdagangan antara AS dan China,di samping memantau perkembangan geopolitik terkini di Timur Tengah.
Bagi minggu yang baru berakhir,pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur.
Pada asas minggu ke minggu,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 11.25 sen kepada 703 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut 20.13 sen kepada 587 sen sekilogram.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur