2025-06-17 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 Jun- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang lain,termasuk mata wang ASEAN hari ini,dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan risiko geopolitik yang meningkat,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2365/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2435/2480 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran terjejas oleh konflik ketenteraan antara Israel dan Iran pada hujung minggu lepas.
“Risiko konflik tersebut telah meluas dari segi skop seperti menjejaskan pangkalan dan aset tentera AS di rantau Timur Tengah. Ia akan menjadi sentimen menghindari risiko dalam pasaran mata wang,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kebimbangan utama pada masa ini ialah cara konflik tersebut akan menyebabkan kenaikan harga minyak berikutan harga minyak mentah Brent berada pada US$75.67 setong selepas mencecah US$78.32 setong pada awal dagangan.
“Berdasarkan keadaan harga minyak semasa,dilihat sentimen menghindari risiko masih belum menyebabkan kenaikan harga minyak mentah yang ketara,” katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9300/9467 daripada 2.9448/9482 pada Jumaat lepas,mengukuh berbanding pound kepada 5.7379/7697 daripada 5.7482/7543 dan naik berbanding euro kepada 4.8872/9143 daripada 4.8906/8958 sebelum ini.
Ringgit turut meningkat berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3020/3206 daripada 3.3077/3118 pada Jumaat lepas,meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0310/1101 daripada 13.0807/1018,menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 259.8/261.4 daripada 260.2/260.6 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.54/7.59 daripada 7.55/7.56.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur