2025-06-17 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Jun - Ringgit memulakan urus niaga dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika pelabur memilih untuk berada di luar pasaran,di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bermula lewat hari ini.
Pada 8 pagi,unit tempatan itu di paras 4.2360/2470 berbanding dolar AS,meningkat daripada penutupan semalam pada 4.2370/2450.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati ketika pelabur menunggu penilaian terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) berikutan perkembangan geopolitik global semasa.
“Tumpuan utama pada masa ini adalah mesyuarat dua hari FOMC yang dijadualkan pada 17 Jun.
“Berikutan itu,ringgit dijangka kekal tidak berubah ketika pasaran terus menunggu hasil penilaian terkini Fed mengenai perkembangan semasa,” katanya.
Pada sesi awal,ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.
Ini termasuk mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9266/9346 daripada 2.9397/9455 semalam,naik berbanding pound Britain kepada 5.7461/7611 daripada 5.7555/7664 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8926/9053 daripada 4.9077/9170 sebelumnya.
Sementara itu,ringgit kebanyakannya mendatar berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit berada di paras 260.4/261.2 berbanding rupiah Indonesia dan kekal pada 7.51/7.53 berbanding peso Filipina.
Namun,ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Singapura kepada 3.3058/3149 daripada 3.3102/3167semalam,tetapi susut berbanding baht Thai kepada 13.0463/0866 daripada 13.0389/0696. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur