2025-06-19 HaiPress

Foto AFP
KUALA LUMPUR,19 Jun - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kuasa-kuasa besar dan pihak berpengaruh supaya lebih lantang dan bertindak tegas mengekang peningkatan konflik di seluruh dunia.
Dalam ucaptama pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-38 di sini,beliau dengan tegas mengecam serangan udara Israel ke atas wilayah Iran dan menyifatkannya sebagai tindakan “punitif” dan “tanpa provokasi” yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta menggagalkan usaha diplomatik.
Beliau berkata,serangan itu jelas bertujuan menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung dan menghancurkan harapan untuk penyelesaian damai di rantau itu.
"Jika kita membiarkan tindakan ini dilakukan tanpa sebarang pertanggungjawaban,yang melanggar undang-undang antarabangsa dan terus menghakis norma yang menjadi asas kepada susunan dunia,maka sudah tentu masa depan kita semua akan menjadi suram.
Oleh itu,kita perlu mempunyai keberanian untuk menyeru kuasa-kuasa besar dan pihak yang berpengaruh agar bersuara dengan jelas dan bertindak tegas bagi mengelakkan ketegangan daripada terus meningkat," katanya.
Selain itu beliau berkata,operasi ketenteraan yang berterusan oleh Israel di Gaza turut membimbangkan kerana ia jelas membawa kesengsaraan besar kepada penduduk awam yang tidak berdaya.
"Jumlah korban awam yang amat tinggi,terutamanya wanita dan kanak-kanak menuntut lebih daripada sekadar pernyataan simpati.
Ia memerlukan tindakan antarabangsa yang bersepadu untuk menegakkan undang-undang kemanusiaan,memastikan gencatan senjata segera dan menjamin penghantaran bantuan tanpa halangan kepada mereka yang amat memerlukan,” katanya.
Malah situasi di rantau Asia Pasifik juga menerima tekanan sama namun,dalam naratif yang berbeza katanya,sambil merujuk isu di Selat Taiwan,Semenanjung Korea dan Laut China Selatan yang disifatkan sebagai titik panas yang sudah dikenal pasti terus bergejolak.
Beliau berkata,Malaysia percaya masa depan rantau ini tidak terletak pada pembentukan blok-blok yang keras atau keseimbangan yang rapuh,sebaliknya pada sebuah kerangka keselamatan yang inklusif,stabil dan berteraskan undang-undang.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur