2025-06-19 HaiPress

Lawatan rasmi Menteri Pertahanan Awam,Kecemasan dan Penghapusan Konsekuensi Bencana Alam Rusia (EMERCOM),Kolonel Jeneral Alexander V. Kurenkov di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya
PUTRAJAYA,19 Jun-Lawatan rasmi Menteri Pengurusan Bencana Russia,Alexander Kurenkov di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini merupakan usaha mengukuhkan kerjasama strategik dalam pengurusan bencana dan kebombaan antara Malaysia dan Rusia.
Ketua Pengarah JBPM,Datuk Nor Hisham berkata,kunjungan itu membuka peluang kerjasama lebih luas melibatkan pertukaran kepakaran,teknologi pemadaman dan latihan bersama.
"JBPM turut menyatakan minat terhadap sistem pemadaman kebakaran dari Rusia seperti teknologi aerosol EXA dan serbuk IPEX keluaran Pyrogen," katanya.
Delegasi KementerianPengurusan Bencana Russia (EMERCOM) turut dibawa meninjau Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 serta Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) untuk melihat secara langsung struktur dan fungsi operasi JBPM.
Delegasi dijadualkan melawat Pangkalan Udara Wilayah Tengah di Subang Jaya pada esok,bagi menilai keupayaan udara pasukan penyelamat Malaysia.
Serentak lawatan ini turut berlangsung latihan rentas sempadan Malaysia–Rusia di Ibu Pejabat SMART,Puchong,dari 15 hingga 20 Jun bagi menguji kesiapsiagaan kedua-dua negara dalam menghadapi bencana secara realistik.
Kerjasama strategik Malaysia–Rusia dalam bidang kebombaan telah terjalin sejak 1998,termasuk pembelian helikopter Mi-17 buatan Rusia yang digunakan dalam operasi pemadaman dan menyelamat melalui udara.
Lawatan itu turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi JBPM serta Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),Datuk Mohd Razali bin Wahab.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur