2025-06-19 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamaikan ucaptama khas pada Nikkei Forum Medini 2025/ BERNAMA
ISKANDAR PUTERI,19 Jun- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu model ekonomi luar biasa yang kini mendapat perhatian dunia.
Datuk Seri Anwar menegaskan kemampuan zon ekonomi itu dibina atas asas kepercayaan menyeluruh antara dua negara – Malaysia dan Singapura – yang bekerjasama sebagai satu pasukan mantap demi kemajuan bersama.
"Ini bukan zon ekonomi biasa. Namakan mana-mana zon yang melibatkan dua negara,yang sepenuhnya berdasarkan kepercayaan dan kerjasama menyeluruh.
"Oleh itu,saya memberi penghargaan kepada pemimpin Malaysia dan Johor termasuk rakan-rakan Singapura yang telah menyokong secara aktif," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Nikkei Forum Medini 2025 di sini.
Tambah beliau,kerjasama erat kedua-dua negara menjadikan JS-SEZ destinasi pelaburan berimpak tinggi,khususnya dalam sektor transformasi digital,tenaga boleh baharu dan semikonduktor.
JS-SEZ kini turut menarik minat pelabur utama dari Jepun,China,Korea dan Eropah.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur