2025-06-19 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2025 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) hari ini. Foto BERNAMA
KAJANG,19 Jun - Kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import terpilih,termasuk buah-buahan.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,ia mengambil kira beberapa barangan tertentu seperti epal dan limau Mandarin.
Ini kerana ia tidak dihasilkan secara domestik,sebaliknya bekalan buah berkenaan diimport sepenuhnya dari luar.
"Saya berpendapat ada kemunasbahan untuk dilihat semula dan saya fikir akan ada pelarasan terhadap bahan-bahan tertentu yang dikategorikan untuk pengenalan cukai SST 5% hingga 10%.
"Tetapi jangan ambil itu secara konklusif," beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pendidik Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS),di sini hari ini.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga yakin,Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang menilai perkara ini.
Beliau mengulas pandangan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd,Datuk Ameer Ali Mydin Mohamed berkenaan pelaksaaan SST ke atas buah import yang disifatkan sebagai tidak munasabah,memandangkan barangan itu turut digunakan rakyat berpendapatan rendah.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur