2025-06-19 HaiPress

Gabenor Bank Negara Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berucap pada majlis perasmian Simposium Sasana 2025 di Sasana Kijang,BNM / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Jun – Bank Negara Malaysia (BNM) menerajui pelaksanaan Inisiatif Kawalan Inflasi Perubatan (RESET) bertujuan membendung peningkatan kos penjagaan kesihatan serta mewujudkan sistem lebih cekap dan mampan.
Gabenor BNM,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata RESET mendapat sokongan padu daripada Kementerian Kesihatan,Kementerian Kewangan serta pihak berkepentingan lain dalam usaha membentuk ekosistem kesihatan lebih inklusif dan berdaya saing.
Inisiatif memberi tumpuan kepada lima bidang utama iaitu penambahbaikan dalam perlindungan insurans dan takaful kesihatan,peningkatan ketelusan harga,pendigitalan sistem kesihatan,pengembangan pilihan rawatan kos efektif serta penambahbaikan mekanisme pembayaran.
Datuk Seri Abdul Rasheed menyatakannya ketika berucap pada majlis perasmian Simposium Sasana 2025 yang disempurnakan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sasana Kijang BNM,ibu negara.
Simposium dua hari bertemakan “Pembaharuan Struktur: Membina Daya Tahan Malaysia” menghimpunkan pakarekonomi,pemimpin industri dan penggubal dasar bagi membincangkan hala tuju pembaharuan strategik negara.
Isu inflasi perubatan akan diberi perhatian dalam satu sesi panel bertajuk “Rising Cost,Rising Stakes: Expediting Reforms to Address Medical Inflation” menampilkan Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad,Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican,Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia Akash Mohapatra serta beliau sendiri.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur