2025-06-19 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Jun- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila para pelabur masih berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari AS yang dijangka diumumkan malam ini,kata penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,mata wang tempatan berada pada 4.2360/2565 berbanding dolar AS daripada 4.2390/2475 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata para pelabur akan terus berwaspada dan memantau dengan teliti keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC).
Beliau berkata ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat mungkin mempengaruhi FOMC untuk membuat keputusan bagi mengurangkan kadar faedah dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
“Nampaknya perbincangan mengenai pengurangan kadar faedah telah dicabar oleh perkembangan terkini di Asia Barat.
“Ini memandangkan risiko kadar inflasi yang lebih tinggi boleh mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk lebih berhati-hati dalam melaksanakan pengurangan Kadar Dana Persekutuan selanjutnya tahun ini,” katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan dagangan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9133/9276 daripada 2.9271/9332 ketika ditutup semalam,dan naik berbanding pound British kepada 5.6885/7161 daripada 5.7413/7528.
Mata wang domestik juga lebih stabil berbanding euro kepada 4.8638/8873 daripada 4.8986/9084.
Ringgit turut meningkat berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 260.0/261.4 daripada 260.2/260.8 semalam,dan lebih kukuh berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.51 daripada 7.48/7.49.
Mata wang tempatan lebih kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2924/3088 daripada 3.3068/3137 ketika ditutup semalam namun susut berbanding baht Thailand kepada 12.9875/13.0592 daripada 13.0114/0443.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur