2025-06-19 HaiPress

Foto Facebook Fuziah Salleh
KUALA LUMPUR,18 Jun –TNG Digital Business Account,satu inisiatif baharu bagi menyokong perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) serta pekerja gig untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan secara digital dengan lebih mudah dan selamat.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Dr Fuziah Salleh,usaha itu bukan sahaja memanfaatkan peniaga kecil,malah membolehkan penglibatan menyeluruh daripada seluruh rantaian bekalan.
Ia merangkumi pemborong,pengedar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke arah pendigitalan transaksi.
“KPDN amat berbesar hati dan menyokong penuh inisiatif ini kerana ia tidak hanya menyentuh pengguna akhir,tetapi juga meliputi keseluruhan ekosistem perniagaan domestik. Apabila keseluruhan rantaian bekalan menggunakan teknologi digital,ia memberi nilai tambah besar kepada ekonomi tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan "TNG Digital Business Account" di ibu negara.
Pelancaran aplikasi itu disifatkan sebagai langkah penting bagi memperkasa PMKS dengan akses lebih mudah kepada kemudahan digital,sekali gus memastikan penyertaan menyeluruh dalam arus ekonomi baharu negara.
Jelas Dr Fuziah lagi,pihaknya sentiasa komited untuk terus membantu usaha itu melalui jelajah dan sesi penerangan kepada PMKS di seluruh negara.
Selain menggalakkan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memberi lebih banyak kelebihan kepada pengguna dan peniaga yang menyertai platform tersebut.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur