2025-06-19 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,19 Jun - Ringgit dibuka tinggi hari ini dalam situasi kebimbangan geopolitik yang berterusan dan walaupun dolar AS mengukuh selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.2435/2650 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2550 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS kebanyakannya tinggi semalaman selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan kadar dana Fed pada paras 4.25 hingga 4.50 peratus.
“Fed bimbang mengenai risiko inflasi yang tinggi dan mereka perlu terus berwaspada manakala konflik Timur Tengah masih belum selesai berikutan kemungkinan AS menyertai konflik ketenteraan Israel-Iran masih tinggi,” katanya kepada Bernama.
Dalam negara,katanya ringgit merosot berbanding dolar AS pada Khamis sebanyak 0.22 peratus berikutan pengukuhan mata wang AS itu dan pelabur juga berhati-hati terhadap halangan yang akan datang,iaitu tamatnya tempoh penangguhan tarif selama 90 hari pada awal Julai.
“Sehubungan itu,kami menjangka ringgit kekal rendah dalam masa terdekat berikutan sentimen pasaran yang masih berhati-hati,” katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9276/9426 daripada 2.9322/9359 pada Rabu,mengukuh berbanding pound kepada 5.6922/7211 daripada 5.7218/7285 dan naik berbanding euro kepada 4.8698/8945 daripada 4.8888/8945 sebelum ini.
Mata wang tempatan juga tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3018/3188 daripada 3.3074/3115 semalam dan naik kepada 12.9794/13.0536 daripada 13.0240/0449 berbanding baht Thailand.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 260.1/261.5 daripada 260.5/260.9 semalam dan berada pada 7.45/7.49 berbanding peso Filipina daripada 7.46/7.48 sebelum ini. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur