2025-06-19 IDOPRESS

Foto Times Higher Education
KUALA LUMPUR,19 Jun — Universiti Sains Malaysia (USM) berada di tangga ke-14 dalam senarai Penarafan Impak Universiti Times Higher Education 2025,menjadikannya universiti Malaysia di kedudukan paling tinggi dalam senarai universiti Asia dan ASEAN.
Laporan penarafan tersebut menilai sumbangan 2,526 universiti dari 130 buah negara di seluruh dunia terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Universiti Malaya (UM) pula mengekori rapat di kedudukan ke-25,satu lonjakan ketara berbanding tempat ke-63 pada tahun lalu.
Kedua-dua universiti itu kini tersenarai antara peneraju utama di peringkat serantau,mencerminkan pengaruh Malaysia yang semakin melonjak dalam pendidikan tinggi yang memfokuskan kelestarian.
Menurut laporan Penarafan Impak bagi Asia dan ASEAN,USM menduduki tempat pertama di peringkat global bagi SDG 1 (Tiada Kemiskinan) dan SDG 16 (Keamanan,Keadilan dan Institusi Kukuh),manakala USM dan UM juga berkongsi kedudukan teratas global bagi SDG 17 (Kerjasama untuk Matlamat).
Di peringkat serantau,USM merupakan universiti kedua tertinggi dalam ASEAN selepas Universitas Airlangga dari Indonesia yang berada di tempat ke-9.
UM turut mencatat prestasi cemerlang dalam SDG berkaitan alam sekitar,iaitu tempat keenam di peringkat global bagi SDG 14 (Kehidupan di Bawah Air) dan tempat ke-12 bagi SDG 15 (Kehidupan di Darat).
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut tersenarai pada kedudukan ke-53 keseluruhan.
UKM dikenali atas prestasi kukuhnya dalam SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab),di mana ia menduduki tempat ke-26 di peringkat global.
Sunway University pula mencatat pencapaian baharu apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 100 terbaik buat kali pertama,menduduki tempat ke-81,naik daripada kumpulan 201–300 pada tahun sebelumnya.
Sebanyak 31 universiti Malaysia telah disenaraikan dalam penarafan keseluruhan tahun ini,termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Universiti Teknologi MARA (UiTM),Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Penarafan Impak ini menilai sumbangan universiti dalam empat bidang utama iaitu pengajaran,penyelidikan,jangkauan masyarakat dan tadbir urus.
Setiap institusi dinilai berdasarkan prestasi dalam pelbagai SDG,termasuk pengurangan kemiskinan,pendidikan,kesaksamaan gender dan tindakan terhadap alam sekitar.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur