2025-06-19 IDOPRESS

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid pada majlis sambutan Hari Pendidik KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Institut Kemajuan Desa,di Kajang./BERNAMA
KAJANG,19 Jun - Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji 13,344 guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,ia berikutan skim gaji ketika ini berdasarkan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan mereka memiliki diploma dalam pendidikan awal sekolah.
Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengarahkan pengurusan Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan KEMAS agar melakukan tindakan segera membuat semakan tersebut.
“Pengurusan baharu KEMAS dengan bantuan kementerian diarah untuk menyemak semula skim gaji mereka.
"Kita tidak boleh tuntut mereka bekerja dengan semangat luar biasa sekiranya asas kesejahteraan mereka diabaikan. Sama ada elaun,peluang kenaikan pangkat,perlindungan sosial atau pengiktirafan...semua perlu disusun sebaiknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Pendidik KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Institut Kemajuan Desa (INFRA),di sini.
Menurut beliau,sebahagian besar kakitangan KEMAS adalah kakitangan kontrak dan mereka memohon diberikan jawatan tetap dengan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Mereka telah memohon untuk jawatan tetap begitu lama dan ini adalah masa yang sesuai jika selama ini terlepas pandang," katanya.
Jelas beliau lagi,guru KEMAS perlu dihargai bagi melahirkan tenaga pengajar yang lebih dinamik,berdaya saing dan terus kekal sebagai tulang belakang pendidikan komuniti di Malaysia.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur