2025-06-19 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,19 Jun- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 7.1 peratus bagi tahun kewangan 2024,meningkat daripada tahun sebelumnya sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi kewangan koperasi berdaya saing.
Menurut Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,pencapaian itu disifatkan sebagai bukti kecekapan pengurusan dan komitmen koperasi terhadap kebajikan anggotanya yang kini berjumlah lebih 155,000 orang.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Koperasi Tentera atas pelancaran hari ini,serta atas pencapaian cemerlang dan daya tahan yang ditunjukkan sepanjang tahun lalu," katanya.
Beliau berkara demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Koperasi Tentera yang berlangsung di Wisma Perwira,di ibu negara.
Beliau turut menyifatkan pemberian dividen tersebut sebagai hasil pengurusan berintegriti dan strategi kewangan yang mantap.
"Pemberian dividen sebanyak 7.1 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya membuktikan kecekapan pengurusan dan komitmen tinggi terhadap kebajikan anggota. Ia satu petunjuk jelas bahawa koperasi ini berada pada landasan yang betul," katanya lagi.
Kecemerlangan itu turut diserlahkan menerusi pelancaran platform pembiayaan patuh syariah,Raees,serta pencapaian dalam pembiayaan kontrak dan digitalisasi perkhidmatan,yang dilihat mampu memacu koperasi ke arah pertumbuhan lebih mampan.
Mengulas peranan koperasi secara lebih luas,beliau menegaskan bahawa koperasi bukan sahaja berfungsi sebagai pemangkin ekonomi tetapi juga sebagai platform sosial yang memberi kesan langsung kepada pembangunan anggota dan keluarga mereka.
"Oleh itu,kementerian komited untuk terus menyokong dan membuka ruang kerjasama ekonomi baharu yang boleh dimanfaatkan bersama pihak koperasi demi kemajuan bersama," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Panglima Tentera Udara,Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera,Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera,Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan,dan turut disertai barisan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia,wakil-wakil agensi kerajaan berkaitan serta lebih 1,000 anggota Koperasi Tentera dari seluruh negara.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur