2025-06-19 IDOPRESS

Dr Fuziah Salleh
JOHOR BAHRU,19 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan tiada tindakan dikenakan kepada peniaga mikro yang masih menggunakan Gas Petroleum Cecair (LPG),sehingga 31 Oktober ini.
Jaminan itu diberikan kepada perniagaan perkhidmatan terus kepada pengguna termasuk dobi layan diri dan kedai makan.
Timbalan Menterinya,Dr. Fuziah Salleh berkata,Op Gasak akan menumpukan kepada pengumpulan data dan maklum balas industri.
Ia sebagai syor untuk penilaian semula pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021.
“Sehingga 31 Oktober,apabila dapatan ini akan dibawa dalam bentuk syor,keputusan itu belum dibuat. Ini kerana kabinet telah bersetuju meneliti semula pindaan tersebut.
"Harus saya beri penegasan bahawa tindakan tidak akan diambil ke atas kedai-kedai makan mikro dan juga gerai di tepi jalan serta dobi layan diri sehingga habis operasi Op Gasak,apabila kita ada dapatan yang lebih,” katanya.
Pengusaha sektor mikro dan kecil juga tidak akan terkesan,selagi penggunaan barang kawalan itu dalam skala wajar.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Penguatkuasaan dan Advokasi Kepenggunaan bersama pemain industri di Johor Bahru,Johor.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur