2025-06-19 IDOPRESS

Gambar hiasan
GUA MUSANG,19 Jun - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Aring 2,di sini tengahari tadı.
Mangsa,Mohd Kaswadi Ahmad,42 tahun,dilaporkan terjun ke dalam sungai tersebut sekitar pukul 9.21 malam Selasa lalu dan dikatakan tidak timbul semula ke permukaan.
Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan I Che Razak Harun berkata,pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.34 pagi semalam.
Sejurus menerima laporan,pasukan pertama terdiri daripada empat anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang digerakkan ke lokasi sejauh 62 kilometer.
Operasi pencarian diperluas pagi tadi dengan kekuatan 18 anggota bomba termasuk pasukan penyelam (PPDA) dari tiga balai iaitu BBP Pengkalan Chepa,Pengkalan Kubor dan Machang serta enam anggota polis.
Mayat mangsa ditemui pada pukul 12.20 tengah hari dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu,Ketua Polis Daerah,Superintenden Sik Choon Foo berkata,lelaki tersebut dipercayai terjun ke dalam sungai ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis semasa Op Tapis dijalankan oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah di kawasan perumahan Felda berkenaan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur