2025-06-19 IDOPRESS

Foto fail
KUALA LUMPUR,17 JUN - Kementerian Perladangan dan Komoditi kini sedang meneliti kesan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas ekosistem industri getah domestik dengan mendapatkan input terus daripada pemain industri.
Menterinya,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,tindakan itu penting bagi memastikan impak cukai tersebut dinilai secara menyeluruh,sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan oleh kerajaan.
“Saya sedang mendapatkan maklumat daripada pemain industri. Bila kita sudah dapat tengok kesannya,saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelasnya.
Datuk Seri Johari ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dana Hubungan Industri 2.0 (ILF 2.0) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan yang dikemukakan oleh Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) baru-baru ini,yang menggesa kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan cukai 5% terhadap bahan mentah lateks getah asli (NR) dan lateks getah nitril butadiena (NBR).
Cukai berkenaan telah disenaraikan di bawah perintah terbaru P.U.(A) 170/2025 dan dikhuatiri bakal memberi kesan kepada kos pengeluaran serta daya saing industri sarung tangan getah Malaysia di pasaran global.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur