2025-06-19 IDOPRESS

Penganalisis Korporat dan Perniagaan Mohamad Faisal Abdul Malik
KUALA LUMPUR,17 Jun – Lonjakan 11 anak tangga Malaysia ke kedudukan ke-23 dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 mencerminkan imej positif negara sebagai ekonomi yang semakin stabil,kompetitif dan mesra pelabur.
Menurut Penganalisis Korporat dan Perniagaan Mohamad Faisal Abdul Malik,peningkatan ini bukan sahaja menunjukkan dasar pembaharuan ekonomi yang mula membuahkan hasil,malah menjadi isyarat kukuh kepada pelabur asing bahawa Malaysia sedang menuju ke arah struktur ekonomi yang lebih progresif dan telus.
“Kita menyaksikan pengukuhan pelaburan domestik,aliran masuk pelaburan asing langsung (FDI) serta penciptaan pekerjaan dan pemindahan teknologi. Ini menunjukkan bahawa kementerian seperti MITI (Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri) sedang memainkan peranan penting melalui dasar yang konsisten dan bersifat mesra perniagaan,” katanya.
Dari sudut makroekonomi,Mohamad Faisal menekankan bahawa ekonomi domestik yang kini lebih rancak berbanding era pasca Covid-19 serta peningkatan adaptasi teknologi dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut menyumbang kepada kenaikan kedudukan Malaysia dalam WCR.
“PKS di Malaysia kini semakin giat mengadaptasi teknologi walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan. Perdagangan antarabangsa juga menunjukkan prestasi baik dengan kemasukan lebih banyak FDI -- hasil dasar fiskal dan monetari yang stabil oleh Kementerian Kewangan melalui Bank Negara,” jelasnya.
Kestabilan politik yang dicapai sejak kebelakangan ini juga telah membantu mengukuhkan keyakinan pasaran dan pelabur terhadap Malaysia.
Beliau turut menyeru supaya kerajaan lebih giat memperkasa sektor PKS melalui insentif inovasi,akses pasaran dan pemadanan strategik bersama syarikat besar tempatan dan multinasional.
PKS perlu dimodenkan agar lebih berdaya saing,bukan sekadar bersaing dalam pasaran tempatan tetapi mampu menembusi pasaran eksport,sekurang-kurangnya di rantau ASEAN.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur