2025-06-19 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Jun– Industri pertahanan negara bukan sahaja menjadi benteng keselamatan nasional,bahkan turut memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi,khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
Pensyarah Kanan Ekonomi Pertahanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),Dr. Nur Surayya Mohd Saudi berkata,kewujudan industri pertahanan mampu mencetuskan limpahan ekonomi secara langsung kepada komuniti setempat melalui peluang pekerjaan,peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan serta pengukuhan rantaian bekalan domestik.
"PKS biasanya wujud di sekitar kawasan pertahanan seperti Kem Sungai Besi. Apabila sektor pertahanan berkembang di sesuatu kawasan,populasi meningkat dan secara langsung mendorong permintaan terhadap makanan,perkhidmatan dobi,telekomunikasi,pengangkutan,serta perkhidmatan kurier," katanya selepas menjadi tetamu Biz Malaysia di TV1 d sini.
Kewujudan pangkalan tentera di Lumut,Perak yang menjadi pusat operasi TLDM juga telah merancakkan ekonomi setempat melalui pertumbuhan sektor pelancongan,perumahan dan peningkatan taraf perniagaan kecil.
Selain,acara seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang turut membawa impak langsung kepada PKS melalui lonjakan pelancongan dan penggunaan hotel serta perkhidmatan di sekitar Langkawi.
Sektor perkhidmatan disifatkan sebagai penerima faedah paling ketara,merangkumi perniagaan makanan dan minuman,penyedia logistik serta pembekal alat ganti dan penyelenggaraan.
Ia sekali gus membuktikan bahawa industri pertahanan tidak terhad kepada aspek ketenteraan semata-mata,malah boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi berskala besar dan kecil.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur