2025-06-19 IDOPRESS

FOTO RTM
BATU KAWAN,18 Jun- Pulau Pinang terus melakar langkah strategik dalam membangunkan industri automasi dan robotik di rantau Asia menerusi penubuhan pusat operasi syarikat antarabangsa,KUKA Robotics Malaysia,yang kini beroperasi di Bandar Cassia,Batu Kawan.
Langkah itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai hab teknologi bertaraf dunia,malah mengukuhkan reputasinya sebagai ‘Lembah Silikon Timur’,khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi.
Menurut Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,Jagdeep Singh Deo,syarikat Jerman itu turut bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) bagi menyediakan latihan khusus dalam bidang robotik kepada para pelajar dan tenaga kerja tempatan.
“Di Pulau Pinang,saya ingin tegaskan bahawa pendirian kita adalah untuk terus bergerak ke hadapan dengan lebih agresif dan pantas di peringkat global.
“Kehadiran KUKA bukan sekadar berkait dengan sektor automotif dan robotik. Kita mungkin sebuah negeri pulau kecil di peta dunia,tetapi kita menyumbang 7 peratus daripada pengeluaran semikonduktor dunia. Itu bukti betapa besarnya peranan Pulau Pinang di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan KUKA Robotics Malaysia di Bandar Cassia.
Penubuhan pusat itu dijangka memperluas peluang latihan,pembangunan penyelidikan serta penghasilan penyelesaian automasi berimpak tinggi yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia dan rantau Asia.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur