2025-06-20 HaiPress

Foto FB Exco Fazli Salleh
BATU PAHAT,20 Jun- Projek Tebatan Banjir Bandar Batu Pahat bernilai RM187 juta kini dalam fasa reka bentuk dan dijangka mengambil masa 60 bulan untuk disiapkan.
Exco Kerja Raya,Pengangkutan,Infrastruktur dan Komunikasi Johor,Mohamad Fazli Mohamad Salleh dalam kenyataan berkata projek tersebut melibatkan gerak kerja sepanjang 50 kilometer (km) melibatkan tiga jajaran sungai utama iaitu Sungai Batu Pahat,Sungai Simpang Kanan dan Sungai Simpang Kiri.
"Projek ini akan bermula daripada muara Sungai Batu Pahat sepanjang 10km Sungai Batu Pahat,18km di Sungai Simpang Kanan dan 22km di Sungai Simpang Kiri," kata kenyataan itu.
Selari usaha itu,pembinaan benteng tanah,dinding banjir dan kolam tadahan,selain kerja-kerja mendalamkan sungai turut digerakkan.
Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 19,000 penduduk di kawasan Bandar Batu Pahat,Peserai,Tongkang Pechah,Sri Gading,Parit Sulong dan Bukit Inas.
"Bukan sahaja rumah kediaman,tetapi rumah-rumah kedai serta kebun dan ladang juga dapat diselamatkan.
Semoga dengan terlaksananya projek ini,penduduk sekitar akan mendapat manfaat," tambah kenyataan itu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur