2025-06-20 HaiPress

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPT) akan mengadakan sesi libat urus segera bersama pemain industri sawit susulan kebimbangan terhadap pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) / Foto Hiasan
BANGI,19 Jun – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPT) akan mengadakan sesi libat urus segera bersama pemain industri sawit susulan kebimbangan terhadap pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lima peratus ke atas sektor oleokimia yang dijadual bermula Julai ini.
Menterinya,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sesi itu penting bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada syarikat-syarikat dalam rantaian industri sawit termasuk kilang,penapisan dan pengeluar produk oleokimia.
“Saya sudah arahkan kementerian untuk turun padang dan jumpa pemain industri. Kita perlu tahu secara terperinci bahagian mana yang benar-benar terkesan.
“SST memang telah lama digunakan di Malaysia,tetapi jika terdapat kesan negatif terhadap daya saing,barulah kita pertimbang untuk semak semula,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB 2025,di sini hari ini.
Johari menegaskan,maklum balas hanya akan diambil daripada pihak industri yang benar-benar terlibat dalam sektor tersebut dan bukan daripada individu luar yang tidak memahami struktur kos dalam industri komoditi.
“Kadang-kadang ada yang beri pandangan,tapi mereka tidak pun berada dalam industri. Jadi kita mahu pandangan terus daripada mereka yang faham proses dari kilang hingga ke oleokimia,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa bahan mentah yang dieksport ke luar negara tidak dikenakan SST,namun mengakui masih terdapat kekeliruan dalam kalangan sesetengah pihak.
“Eksport bahan mentah tidak dikenakan cukai jualan. Jadi kalau ada pihak kata kos meningkat,mungkin itu hasil salah faham. Inilah sebab kita perlu dengar sendiri daripada penggiat industri,” tambah beliau.
Walaupun belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk pengecualian SST,Johari menyatakan kementerian terbuka untuk meneliti sebarang kes yang munasabah sekiranya didapati terdapat impak ketara terhadap daya saing sektor sawit negara.
Dalam ucapannya sebelum itu,Johari turut memaklumkan sektor oleokimia menyumbang kira-kira 24 peratus daripada nilai eksport produk sawit Malaysia,iaitu sebanyak RM27.5 bilion pada tahun 2024.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur