2025-06-20 HaiPress

Pelancongan domestik catat perbelanjaan RM29.4 bilion suku pertama 2025 / Foto Hiasan
PUTRAJAYA,19 Jun – Aktiviti pelancongan domestik di Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM29.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025,iaitu peningkatan 22.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan bilangan pelawat domestik juga mencatat lonjakan ketara kepada 69.7 juta orang,meningkat 18.9 peratus tahun ke tahun bagi tempoh yang sama.
Berbanding suku keempat 2024,jumlah pelawat domestik pada suku pertama tahun ini meningkat sebanyak 4.3 peratus.
DOSM turut melaporkan bilangan pelancong domestik bagi suku pertama 2025 adalah 25.2 juta,meningkat 37.6 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan tersebut didorong oleh faktor bermusim,termasuk sambutan Tahun Baharu Cina,bulan Ramadan,persiapan Aidilfitri,serta cuti sekolah,yang menyumbang kepada peningkatan pergerakan penduduk dan perbelanjaan pelancongan.
Dari segi corak perjalanan,Selangor mencatatkan jumlah kunjungan tertinggi oleh pelawat domestik,diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak.
Secara keseluruhannya,sektor pelancongan domestik Malaysia pada tahun 2024 menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dan pesat,disokong oleh peningkatan jumlah pelawat,perbelanjaan yang lebih tinggi,serta perubahan dalam corak perjalanan rakyat Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur