2025-06-20 HaiPress

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia,Datuk Dr Azman Yusoff / Foto RTM
KUALA LUMPUR,19 Jun – Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia menyeru para ahlinya serta syarikat perusahaan Bumiputera agar bersedia melangkah ke peringkat transformasi baharu bagi menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin mencabar,khususnya akibat konflik geopolitik yang berterusan.
Presidennya,Datuk Dr Azman Yusoff berkata perubahan tersebut perlu merangkumi peningkatan kemahiran teknologi semasa seperti kecerdasan buatan (AI) dan internet benda (IoT) dalam usaha meneroka pasaran-pasaran baharu yang lebih dinamik dan berdaya saing.
“Kita ingin menasihati para penggiat industri agar lebih bersedia dengan kaedah serta teknologi terkini bagi membolehkan mereka melangkah lebih jauh.
"Meskipun keadaan semasa tidak begitu memberangsangkan,khususnya dengan konflik yang berlaku di Palestin dan Iran,kita tetap perlu bersiap siaga,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia ke-32,di sini hari ini.
Dalam pada itu,Dr Azman turut memaklumkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah merangka strategi baharu untuk memperluaskan eksport ke pasaran luar tradisi,terutamanya di benua Asia Barat dan Afrika.
“Eksport mungkin terjejas,tetapi kita sudah bersedia untuk buka laluan ke pasaran lain seperti negara-negara Asia Barat dan Afrika. Alhamdulillah,usaha ini sedang giat dijalankan,” ujarnya.
Tambah beliau,langkah itu penting dalam memperkukuh jaringan dagangan luar negara serta mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tradisi yang terjejas akibat ketegangan geopolitik antarabangsa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur