2025-06-20 IDOPRESS

Foto hiasan
PUTRAJAYA,20 Jun- Gula bertapis atau gula putih kekal tidak dikenakan cukai jualan bawah semakan semula ke atas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan Kerajaan MADANI mengambil pendekatan bersasar dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan keperluan rakyat.
Antara barangan yang dikecualikan daripada cukai termasuk gula,garam,ayam,telur,daging,ikan,sayur-sayuran,minyak masak dan beras.
"Kerajaan MADANI telah mengambil pendekatan bersasar dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan keperluan rakyat seperti gula,minyak masak dan beras. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat terbanyak tidak akan terkesan dengan semakan semula SST," menurut kenyataan itu.
Menerusi kenyataan sama,MOF menjelaskan bahawa gula mentah yang digunakan dalam proses penghasilan gula putih akan dikenakan Cukai Jualan sebanyak lima peratus.
Bagaimanapun,pengilang seperti MSM Malaysia Holdings Berhad masih mempunyai pilihan untuk memohon pengecualian cukai bagi bahan mentah dan input pengeluaran mereka.
"Oleh itu,tiada sebab untuk berlaku sebarang kenaikan harga gula bertapis,lebih-lebih lagi kerana penapis gula seperti MSM terus menerima insentif bulanan daripada kerajaan bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga," tambah kenyataan itu.
Terdahulu,kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula SST secara bersasar akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai ini,dengan pendekatan lebih menyeluruh bagi memastikan kos sara hidup kekal terkawal dan tidak membebankan rakyat.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur